Pembekal Kanopi dan Payung yang Terkenal di Malaysia

Mediace adalah pengeluar, pembekal dan pemborong terkemuka bagi produk “outdoor” di Malaysia terutamanya kanopi / khemah dan payung dalam pelbagai saiz dan reka bentuk, kain PVC tarpulin, balang air, pelbagai jenis meja lipat, bekas kedap udara untuk semua aplikasi dan aksesori yang berkaitan sama ada untuk perdagangan pasaran, iklan komersial atau untuk taman anda.

Tidak seperti pembekal lain di pasaran Malaysia, kami merupakan pengeluar yang menghasilkan produk terus dari kilang sendiri, ini membolehkan kami menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan dari segi reka bentuk, saiz dan juga kanvas. Oleh kerana kami menghasilkan produk sendiri, kesemua pelanggan ditawarkan pelbagai pilihan, pelanggan boleh memilih kanvas yang disukai dari segi warna, reka dan juga ketebalan. Kami juga membekalkan servis percetakan kanvas, maka pelanggan dapat memesan set kanopi dengan cetakan kanvas logo syarikat sendiri.

Maka, datanglah ke Mediace, tidak kira samada anda ingin berdagang dengan menubuhkan sebuah gerai/ kedai ataupun bersantai di bawah perisai kanopi atau payung, kami pasti dapat memenuhi keperluan anda. Hubungilah kami sekarang!

canopy and umbrella supplier

Pengilang Meja, Bekas Makanan dan Balang Air di Malaysia

Kesemua meja lipat kami dilengkapi dengan “underframe” lipat disokong dengan mekanisme lipatan yang sangat baik. Ini telah membuat meja lipat kami hanya memerlukan ruang sedikit untuk simpanan sahaja. Meja lipat kami amat menarik memandangkan ia memiliki fleksibiliti untuk dibawa dari satu tempat ke tempat lain. Ini adalah kerana produk kami direka dengan bahagian-bahagian yang berasingan, bahagian-bahagian seperti kaki meja besi yang boleh dilipat serta papan “plywood” boleh dicantumkan dengan senangnya untuk menjadi meja lipat. Apabila tidak digunakan, bahagian-bahagian meja lipat ini boleh disimpan secara berasingan untuk menjimat ruang simpanan.

Sekiranya anda ingin memiliki balang air dan bekas makanan kedap udara dengan permukaan berkilau, produk kami pasti dapat memenuhi keperluan anda. Balang air dan bekas makanan kedap udara kami diperbuat daripada akrilik yang berkualiti baik. Keselamatan produk kami merupakan salah satu aspek yang amat kami pentingkan. Maka, kami hanya menggunakan bahan mentah yang bermutu tinggi dan selamat digunakan untuk membuat balang air dan bekas makanan kami. Kesemua balang air dan bekas makanan kami telah diiktiraf dengan kelulusan keselamatan daripada SIRIM (Standard & Penyelidikan Perindustrian Malaysia). Ini membolehkan balang air dan bekas makanan kedap udara kami tidak sahaja dijual di Malaysia malah dapat diekspot ke luar negara. Hubungilah kami atau lawatilah kilang kami, sentuhlah produk kami supaya anda dapat mengesahkan kualiti produk kami.

container, dispenser and table

Kenapa Pilih Kami?

Mediace dapat membuat kanopi / khemah serta payung mengikut tempahan spesifik anda, samaada dari segi reka bentuk, saiz, spesifikasi, warna, jenis kanvas dan semua aksesori lain. Kami juga dapat membekal servis untuk pengurusan percetakan kanvas, ini bermaksud anda boleh memesan apa jua produk kami yang membawa cetakan imej yang diingini. Kebanyakan pembekal merupakan peniaga semata-mata, mereka tidak memiliki kilang sendiri dan hanya berniaga sebagai agen yang menerima tempahan daripada pelanggan dan membeli barangan daripada kilang untuk dijual semula. Mediace bukan merupakan pembekal semata-mata, kami adalah pengilang sebenarnya, maka pelanggan kami dapat membeli secara terus dari kilang. Aspek ini menjadikan harga jualan kami lebih berpatutan berbanding dengan peniaga-peniaga lain.

Produk-Produk Kami